Rabu, 10 Oktober 2012

EDU 3109 - PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN (Pertandingan Kuiz 2)

Soalan Kuiz

1. Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Nyatakan 3 aspek pendidikan.

2. Menurut X (2006), pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi. Siapakah X ?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Bestari?

4. Apakah sebab ataupun alasan bagi seseorang untuk menentang perubahan?

5. Sistem ini diwujudkan bagi menjamin dan membolehkan pihak sekolah menambahbaik bahagian-bahagian yang masih lemah apabila sistem ini membolehkan pihak sekolah membuat nilai tara ke atas pencapaian masing-masing. Apakah sistem yang diwujudkan yang mencakupi pernyataan tersebut?

6.  Dalam ucapannya mengenai kepentingan inovasi dan perubahan, beliau ada menyatakan '.....adalah menjadi satu keperluan untuk tidak melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tututan semasa, malahan membina keupayaan (capability building) untuk mendepani cabaran masa depan....' Beliau pernah menjadi Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu. Siapakan Menteri Pelajaran yang dimaksudkan di atas?

7. Nyatakan 4 pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam adaptasi pelbagai perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan.

8. Adaptasi perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan juga merangkumi aspek kemahiran insaniah yang digunapakai di IPG. Apakah kemahiran insaniah yang dimaksudkan?

9. Maktab perguruan kini telah dinaiktaraf menjadi Institut Pendidikan Guru.Malahan, kurikulum latihan perguruan juga telah mengalami inovasi yang amat ketara. Nyatakan aspek-aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

10. Apakah empat sub-NKRA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan