Diakhir pembelajaran,pelajar akan dapat :
- Memahami konsep, prinsip dan pendekatan dalam bimbingan kaunseling dan psikoterapi
- Memahami dan mengetahu konsep kemahiran asas bimbingan dan kaunseling dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk komunikasi interpersonal dan efektif
- Mengenalpasti dan memahami jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling
- Mengetahui dan memahami pendekatan bimbingan dan peranan guru-guru kelas dalam proses bimbingan
Konsep Asas B&K
Bimbingan :
Othman Mohamed (2000),
“bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.”
Kaunseling :
Akta Kaunselor 1998 (Akta 508)
“Kaunseling bererti suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik, dan sukarela pada diri klien supaya perubahan ,kemajuan, dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien”.
Psikoterapi :
Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar dalam bidang kejiwaan seperti psikiatris. Memberi penekanan kepada pemulihan “penyakit mental”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan