Rabu, 10 Oktober 2012

EDU 3109 - PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN (Pertandingan Kuiz 3)

Soalan-soalan kuiz
(Mohd Muhazrin, Zainal Abidin, Tarrence Juan, James, Sadit)

1. Apakah maksud sekolah bestari?

2. Berikan tiga ciri sekolah bestari?

3. Nyatakan sub NKRA?

4. Berikan tiga kemahiran insaniah yang diguna pakai di IPG?

5. Berikan usaha kerajaan dalam meningkatkan literasi numerasi?

6. Nyatakan dua jenis inovasi yang boleh dilakukan oleh guru?

7. Berikan 3 elemen asas inovasi oleh Kerry Littmen

8. Nyatakan 3 ciri pendidik kreatif

9. Nyatakan dua tahap perkembangan guru (Fuller,1975)

10. Apakah tujuan inovasi?

EDU 3109 - PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN (Pertandingan Kuiz 2)

Soalan Kuiz

1. Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Nyatakan 3 aspek pendidikan.

2. Menurut X (2006), pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi. Siapakah X ?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Bestari?

4. Apakah sebab ataupun alasan bagi seseorang untuk menentang perubahan?

5. Sistem ini diwujudkan bagi menjamin dan membolehkan pihak sekolah menambahbaik bahagian-bahagian yang masih lemah apabila sistem ini membolehkan pihak sekolah membuat nilai tara ke atas pencapaian masing-masing. Apakah sistem yang diwujudkan yang mencakupi pernyataan tersebut?

6.  Dalam ucapannya mengenai kepentingan inovasi dan perubahan, beliau ada menyatakan '.....adalah menjadi satu keperluan untuk tidak melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tututan semasa, malahan membina keupayaan (capability building) untuk mendepani cabaran masa depan....' Beliau pernah menjadi Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu. Siapakan Menteri Pelajaran yang dimaksudkan di atas?

7. Nyatakan 4 pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam adaptasi pelbagai perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan.

8. Adaptasi perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan juga merangkumi aspek kemahiran insaniah yang digunapakai di IPG. Apakah kemahiran insaniah yang dimaksudkan?

9. Maktab perguruan kini telah dinaiktaraf menjadi Institut Pendidikan Guru.Malahan, kurikulum latihan perguruan juga telah mengalami inovasi yang amat ketara. Nyatakan aspek-aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

10. Apakah empat sub-NKRA?

Selasa, 9 Oktober 2012

EDC 2230 PSIKOLOGI PENDIDIKAN - BIMBINGAN DAN KAUNSELING

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pembelajaran,pelajar akan dapat :
  1. Memahami konsep, prinsip dan pendekatan dalam bimbingan kaunseling dan psikoterapi
  2. Memahami dan mengetahu konsep kemahiran asas bimbingan dan kaunseling dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk komunikasi interpersonal dan efektif
  3. Mengenalpasti dan memahami jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling
  4. Mengetahui dan memahami pendekatan bimbingan dan peranan guru-guru kelas dalam proses bimbingan

Konsep Asas B&K

Bimbingan :
Othman Mohamed (2000),
  bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.  Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.  Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.”

Kaunseling :
Akta Kaunselor 1998 (Akta 508)
   Kaunseling bererti suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik, dan sukarela pada diri klien supaya perubahan ,kemajuan, dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien”.


Psikoterapi :
Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar dalam bidang kejiwaan seperti psikiatris. Memberi penekanan kepada pemulihanpenyakit mental”