Selasa, 11 September 2012

EDU 3109 - INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Soalan-soalan untuk tajuk pembentangan

1. Sebagai guru permulaan , anda mempunyai semangat yang tinggi dalam merealisasikan kaedah P&P yang lebih berinovatif. Dengan memilih mana-mana DUA topik dalam subjek PJK (digalakkan untuk menggunakan P&P inovasi dalam Kajian Tindakan anda) :
a) Kongsikan kaedah P&P yang inovatif bagi tajuk tersebut
b) Sediakan aktiviti yang sesuai untuk perlaksanaan topik tersebut


2. Sebahagian dari cabaran untuk anda sebagai guru baharu adalah untuk mengajar subjek-subjek yang bukan sebahagian dari pengajian Major atau elektif anda. Sebagai guru novis anda telah pun diberikan pendedahan dengan penggunaan TMK didalam P&P semasa pengajian anda. Sila pilih SATU topik dari subjek Pendidikan Seni Visual dan SATU topik dari subjek MUZIK :

a) Kongsikan kaedah P&P yang inovatif bagi tajuk tersebut
b) Sediakan aktiviti yang sesuai untuk perlaksanaan topik tersebut

3.Sebagai seorang guru kelas, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk melaksanakan pentaksiran prestasi murid sebagai petunjuk perkembangan prestasi pada semester tersebut. Dengan beranggapan anda telah menerima markah peperiksaan untuk SEMUA MATAPELAJARAN, anda dikehendaki untuk mengisi markah murid dengan menggunakan perisian EXCEL. Rekod pentaksiran akan menentukan secara automatik gred markah, kedudukan murid serta analisis matapelajaran.

Penganjur akan mengadakan latihan dalaman untuk semua guru kelas bagi mengisi markah.

4. Kecanggihan teknologi masakini menjadikan resos untuk mendapatkan ilmu bagai tiada sempadan. Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa bersemuka. Disamping itu, sumber ilmu dapat dicapai dimana-mana sahaja.

Kumplan anda diminta untuk menganjurkan satu kursus dalaman tentang pembinaan blog. Anda boleh memberi topik khusus kepada setiap rakan anda sebagai tema untuk blog beliau. Di akhir pembelajaran, setiap individu telah memiliki blog sendiri dengan maklumat yang kemaskini pada tarikh semasa. Pautan akan dibuat ke blog semua rakan

KETERUJAANKU KINI

'Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
OOOOOOOOO'

MOHAMAD SYAZWAN HAFIZ